Seperti yang dijanjikan dalam post sebelum ini, nah kami kongsikan sedikit sneak peek ruang dalaman homestay kami;






Homestay kami terletak di Bandaraya Kuantan atau lebih tepat lagi di Perkampungan Sungai Isap 2 i.e hanya 12 minit pemanduan ke pusat bandar (jarak lebih kurang 8km saja). Sebenarnya nama saja perkampungan tapi kawasan rumah ni ialah kawasan taman perumahan ya dan bukannya kawasan kampung. Sengaja kami selitkan penjelasan ni untuk elakkan kekeliruan khususnya bagi orang ramai yang mungkin tak biasa dengan kawasan ini.
Di homestay ini, ada 3 buah bilik tidur yang boleh memuatkan 6 orang secara total, 1 ruang tamu yang luas, 1 ruang dapur yang juga selesa keluasannya, 1 bilik mandi, 1 tandas, dan porch yang boleh memuatkan 2 buah kereta. Unit kami ialah corner lot jadi ruang di luar rumah juga besar dan selesa. Sedikit info tambahan, max kapasiti yang kami benarkan ialah seramai 8 orang buat masa ini. Ini juga mengambil kira keselesaan setiap tetamu bersesuaian dengan fasiliti yang kami sediakan.
Kuntom’s Inn akan mula beroperasi pada 20 Ogos 2025 ini dan tempahan unit juga sudah dibuka. WhatsApp 011-1698 4154 untuk book tarikh anda.